MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
Orang tua-tua dahulu banyak
meninggalkan kepada kita, perumpamaan-perumpamaan yang merupakan
kiasan-kiasan perkataan. Kiasan tersebut perlu kita teliti sejauh
manakah kepentingannya boleh membantu kita. Namun semestinya setiap
perumpamaan itu mengandungi banyak pengertian. Banyak yang tersurat dan
sudah tentu banyak juga yang tersirat. Apakah setiap perumpamaan yang
menjadi peninggalan datuk nenek kita dahulu telah atau akan kita
praktikan? Mungkinkah ianya hanyalah sebagai hiasan atau kata-kata yang
kita rasa sedap dibicarakan atau didengari?
Perumpamaan
tersebut sentiasa bermain di bibir setiap insan yang mengikuti
perkembangannya. Perumpamaan yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek
hujan. Sentiasa menjadi 'evergreen', umpamanya 'muafakat membawa
berkat', 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat' dan
'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing', sentiasa segar sehingga
kini. Ia tentunya mengandungi suatu yang tersimpan yang perlu kita
huraikan. Juga ianya perlu kita terjemahkan dalam kehidupan kita
seharian.
Dalam aspek ini, untuk menterjemahkan
'muafakat membawa berkat, Kementerian Pendidikan Malaysia akan
memastikan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta terlibat sebagai rakan
dalam pendidikan. Penumpuan yang dibuat adalah untuk manfaatkan
kelebihan saing pelbagai pihak bagi menyampaikan pendidikan berkualiti
secara bersepadu, berkesan dan cekap.
Langkah-langkah yang diambil adalah melalui;
1. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan komuniti tentang peranan mereka dalam pendidikan anak-anak.
2. Menyediakan bimbingan kepada sekolah bagi memacukan proses penglibatan ibu bapa dan komuniti.
3. Mengaitkan bantuan kewangan untuk murid miskin dengan peningkatan pelibatan ibu bapa
4. Mengumpulkan PIBG untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menyokong pelibatan ibu bapa dan komuniti.
5. Meningkatkan jaringan Sekolah Amanah dan bidang lain untuk pelibatan sektor awam.
Sistem
pembelajaran mengiktiraf bahawa pembelajaran berlaku di luar lingkungan
sekolah dan boleh berlaku di rumah serta dalam komuniti. Sekolah
sewajarnya dapat menyediakan persekitaran yang kondusif unntuk jalinan
hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti.
Kewujudan
'muafakat membawa berkat' dapat disalurkan atau dijalankan melalui
hubungan dan kerjasama pihak sekolah dengan pihak lain yang berkaitan.
Antaranya;
1. Kerjasama sekolah dengan ibu bapa
2. Kerjasama sekolah dengan komuniti
Untuk
mengekalkan 'muafakat membawa berkat' serta perumpamaan yang lain,
beberapa perumpamaan yang ditinggalkan kepada kita perlu dihapuskan.
Melalui penghapusan tersebut maka jalinan serta jaringan sekolah dengan
ibu bapa dan komuniti. Oleh itu adalah wajar, perumpamaan
'jangan jaga tepi kain' dihapuskan. 'Jaga tepi kain orang lain' boleh membantu antara sesama kita dalam mengekalkan 'muafakat membawa berkat'.
No comments:
Post a Comment