Monday, 5 October 2015
Sunday, 4 October 2015
CUTI JERUBU
Cuti Jerubu 5 dan 6 Oktober 2015 ( Isnin dan Selasa )
Semua sekolah di seluruh negara kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Labuan diarah tutup dua hari bermula 5- 6 Oktober 2015 ekoran situasi semasa jerebu yang semakin buruk.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid
berkata, penutupan itu adalah langkah kementerian menangani isu jerebu yang
melanda negara terutama apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri
berkenaan mencatatkan bacaan tidak sihat dan sangat tidak sihat.
Semua
sekolah di seluruh negara kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Labuan
diarah tutup dua hari bermula esok ekoran situasi semasa jerebu yang
semakin buruk.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir
Khalid berkata, penutupan itu adalah langkah kementerian menangani isu
jerebu yang melanda negara terutama apabila Indeks Pencemaran Udara
(IPU) di negeri berkenaan mencatatkan bacaan tidak sihat dan sangat
tidak sihat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jerebu-sekolah-di-tutup-dua-hari-1.142985#sthash.uXfECjy2.dpufTuesday, 7 July 2015
MAJLIS KHATAM QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM

TARIKH : 14 JULAI 2015 /27 RAMADHAN 1436H
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN DATO' HAJI MOHAMAD PADIL SKSSU

Monday, 15 June 2015
TERATUR DAN BERSISTEM
Allah s.w.t. mentadbirkan alam semesta ini dengan teratur dan cukup sistematik. Matahari, bulan dan segala cakerawala beredar di garisan masing-masing dengan tunduk mematuhi segala ketetapan yang telah ditentukan. Tiap-tiap sesuatu yang terjadi di alam ini telah Allah tentukan peraturannya. Setiap yang bergerak dan yang statik tertakluk dan tunduk kepada peraturan dan sistem Allah Yang Maha Mengatur.
Manusia seharusnya mengambil iktibar di atas perkara ini. Sesuatu yang dilakukan dengan secara tidak teratur dan bersistematik akan meyebabkan keadaan yang tidak tentu arah atau tidak berketentuan. Dalam menghadapi tugas sehari-hari, kerja yang dijalankan secara tidak teratur dan bersistem akan menyebabkan kelewatan dalam proses kerja, perbelanjaan yang tinggi. hsil kerja yang kurang bermutu dan produktiviti yang rendah.
Dalam usaha untuk menjalankan kerja dengan teratur dan bersistematik ini, kita sewajarnya mematuhi firman Allah s.w.t. yang bermaksud:-
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun rapi."
(As-Saff: 4)
Kita ambil contoh di sekolah. Setiap guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada Perintah Am yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia. Mengapa kakitangan kerajaan mesti patuh kepada Perintah Am? Dengan mematuhi Perintah Am akan membentuk jati diri kakitangan yang berdisiplin dan menjalankan kerja dengan teratur dan bersistematik. Perintah Am akan menjadikan proses kerja yang lancar dan berkualiti.
Allah s.w.t sendiri memberi penekanan agar melakukan sesuatu mengikut peraturan dengan firman-Nya yang bermaksud:-
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas 'Arasy, mentadbirkan segala urusan. Tidak sesiapapun yang dapat memberi syafaat melainkan sudah izin-Nya (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbir keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatilah kamu kepada perintah-Nya; patutkah kamu - setelah mengetahui keadaan yang tersebut - tidak mahu mengingati-Nya."
(Yunus: 3)
Terdapat juga peraturan-peraturan yang disediakan oleh pihak pentadbir sesebuah sekolah yang dibuat khas kepada guru-guru, kakitangan dan juga kepada murid-murid. Kita perlu ingat bahawa peraturan-peraturan itu bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan semua tetapi ia adalah merupakan panduan yang dibuat untuk memudahkan kawalan disiplin bekerja atau belajar. Mematuhi setia[p peraturan akan membuahkan disiplin yang mantap dan menghasilkan hasil yang bermutu.
Nabi Muhammad s.a.w. menekankan agar mematuhi tertib akan membawa kejayaan. Ini dapat dilihat melalui sabdanya yang bermaksud:-
"Orang yang menaiki kenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang ramai."
(Riwayat Ahmad dan al-Bukhari)

Wednesday, 13 May 2015
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Budi bahasa budaya kita bukan sekadar ungkapan tetapi merupakan satu tatacara hidup. Berbudi bahasa dan amalan-amalan nilai-nilai murni amat penting dalam kehidupan kita yang bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai seperti ini mampu melahirkan satu bangsa yang budiman. Setiap orang wajar mempunyai sifat-sifat yang mulia, beradab, bersopan santun, tersisip dengan semangat perpaduan dan tolong menolong, bertoleransi, saling memahami, cintakan kedamaian dan kebersihan serta cintakan negara.
Pemupukan dan penghayatan budi bahasa dan nilai-nilai murni di semua lapisan masyarakat perlu diberi tumpuan. Ianya bermula dari murid sekolah hinggalah ke lapisan profesional dan pemimpin. Bagi membentuk satu bangsa yang terbilang, semua msyarakat bertanggungjawab menghindarkan diri dari nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, kotor, yang melanggar bahasa dan tidak mengendahkan tatasusila yang beradab. Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni perlu dipraktikkan sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan dalam perlakuan dan pergaulan.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya adalah simpulan bahasa yang amat sesuai sekali untuk menyemai budaya berbudi bahasa daripada peringkat awal lagi iaitu peringkat awal alam persekolahan. Ini adalah disebabkan murid-murid di peringkat sekolah mudah dibentuk dan ditanam dalam diri mereka dengan nilai-nilai murni. Sekolah menjadi saluran utama kerana sekolah dan guru mampu untuk mendidik dengan segala ilmu bahkan menanam rasa untuk berbudi bahasa serta berakhlak mulia. Murid dari peringkat awal persekolahan lagi telah belajar dan diajar untuk menghormati guru.
Budi bahasa budaya kita, adalah amalan yang perlu dibuat dalam pelbagai kumpulan atau peringkat. Ada peringkat di antara guru dengan murid dan ada peringkat di antara murid dengan rakan sebaya. Bagi peringkat di antara guru dengan murid, tumpuan adalah khusus untuk mendidik murid-murid agar mempunyai nilai murni yang tinggi seperti berdisiplin, menggunakan bahasa yang sopan dan beradab, berani mengaku kesalahan yang dilakukan serta bersedia untuk memohon maaf, mentaati jadual sekolah, tidak ponteng dalam untuk mengikuti setiap subjek pengajaran dan pembelajaran dan menjaga kesihatan diri dan persekitaran sekolah.
Amalan untuk peringkat di antara murid dengan rakan sebaya pula adalah lebih tertumpu kepada dorongan dan galakan. Tumpuan lebih banyak ke arah memotovasikan diri. Sikap saling hormat menghormati sesama rakan adalah perlu dilakukan. Ucapan salam atau ucapan selamat antara mereka perlu diutamakan. Di sini akan tertanam rasa hormati menghormati antara mereka. Disamping itu, ia dapat memupuk sikap menghargai perbezaan beragama, latar belakang masyarakat dan budaya masing-masing. Menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya, saling membantu dan bekerjasama sesama rakan sebaya juga amalan mulia yang perlu dilakukan.
Banyak aktiviti boleh dilakukan di peringkat sekolah sebagai pengisian amalan budi bahasa budaya kita ini. Antaranya dengan mengadakan ceramah dan pameran, mengadakan pelbagai pertandingan seperti kuiz, pidato dan permainan tradisional boleh melahirkan individu dan juga masyarakat yang mempunyai identiti positif, berfikiran luas, terbuka serta bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri sendiri malahan kepada keluarga, rakan, jiran, pemimpin, guru dan persekitaran. Amalan budi bahasa budaya kita adalah amalan mulia yang boleh membentuk sikap yang positif kepada kita. Sikap individu yang positif pula akan dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan muhibah.

Tuesday, 12 May 2015
PEMIMPIN DAN KEPEMIMPINAN
Sesiapa sahaja yang menunjuk arah, memandu, dan membimbing ke arah mencapai sesuatu tujuan tertentu dapat dikatakan sebagai pemimpin. Seorang ayah yang sentiasa menunjuk ajar serta membimbing isteri dan anak-anaknya untuk mencapai kebahagiaan hidup rumahtangga adalah seorang pemimpin keluarga. Begitu juga dengan guru yang menunjuk arah, memandu dan membimbing muridnya dalam kelas untuk menimba ilmu pengetahuan; dia adalah seorang pemimpin di kelasnya.
Di sekolah, selain daripada guru besar dan guru-guru, pengawas-pengawas sekolah, ketua-ketua darjah, ketua-ketua rumah dan lain-lainnya juga merupakan pemimpin-pemimpin muda yang berpotensi. Mereka adalah individu-individu yang diberi tanggungjawab untuk memandu dan membimbing orang lain, iaitu para murid lainnya, untuk mencapai kecemerlangan akademik, kemantapan disiplin, dan menerapkan nilai-nilai murni kepada para murid sesuai dengan budaya sekolah yang telah dibina dari satu generasi ke satu generasi.
Pada peringkat negara, kita juga mempunyai lapisan-lapisan pucuk pimpinan yang berkhidmat untuk menentukan keamanan, kestabilan dan kemakmuran rakyat. Kita mempunyai pemimpin-pemimpin pada peringkat negara, negeri daerah atau jajahan dan juga pada peringkat kampung atau desa. Pada peringkat negara, kita mempunyai Perdana Menteri. Pada peringkat negeri, kita mempunyai Menteri Besar atau Ketua Menteri. Pada peringkat daerah atau jajahan kita mempunyai Pegawai-Pegawai Daerah atau Pegawai-Pegawai Jajahan sementara pada peringkat mukim dan kampung, kita mempunyai Penghulu dan Ketua Kampung.
Kita juga mempunyai pemimpin-pemimpin politik, pemimpin agama, pendidikan, keamanan dan lain-lainnya. Pada asasnya mereka adalah orang-orang yang memimpin, membimbing, menunjuk arah, dan memandu orang ramai, iaitu rakyat, untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di negara ini. Melalui penerangan di atas adalah jelas kepada kita siapa yang dimaksudkan pemimpin.
Dalam kita membicarakan soal pemimpin dan kepimpinan ini, kita tidak harus lupa membicarakan soal kewujudan para pemimpin di tengah-tengah sesuatu masyarakat. Ada pemimpin yang memang diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk memimpin umat manusia di muka bumi ini. Mereka terdiri daripada para nabi dan rasul seperti junjungan besar nabi kita, Muhammad s.a.w., yang telah ditunjuk oleh Allah untuk memperbaiki akhlak manusia, dan membawa umat manusia daripada kehidupan jahiliah kepada jalan yang diredhai Allah.
Ada juga para pemimpin yang kehadirannya dalam sesebuah masyarakat itu ditentukan oleh darah keturunan. Seorang raja atau sultan umpamanya, apabila magkat, puteranya secara automatis akan diangkat menjadi raja atau sultan menggantikan ayahandanya untuk memimpin masyarakat negara berkenaan.
Sementara itu di dalam lingkungan masyarakat primatif pula ada kalanya seorang yang paling tua dan berpengalaman diangkat menjadi ketua atau pemimpin masyarakat berkenaan. Disamping itu, ada pula pemimpin di kalangan masyarakat ini yang diangkat terdiri daripada orang yang paling gagah dan berani; yang dapat mengalahkan sesiapa sahaja dalam lingkungannya. Anggota masyarakat yang lainnya bukan sahaja berasa takut bahkan tunduk menurut perintah dan kemahuannya. Selagi belum ada individu lain dalam lingkungan itu yang berani mencabar kewibawaannya, selagi itulah dia akan berkuasa memimpin anggota-anggota yang lainnya.
Dalam masyarakat moden yang sudah bertamadun, yang menjadikan ilmu dan harta kekayaan sebagai asas untuk menentukan status atau kedudukan seseorang, biasanya pemimpin dalam lingkungan masyarakat moden tidak lagi dipilih berasaskan darah keturunan, umur dan kekuatan fizikal. Dalam masyarakat moden di kalangan tempat, para pemimpin biasanya diangkat berasaskan ketokohan individu-individu tertentu daripada kalangan orang-orang yang berilmu pengetahuan tinggi, memiliki ketrampilan dalam sesuatu bidang tertentu, dan berpengaruh mungkin kerana kekayaannya, atau disebabkan oleh karisma yang ada di dalam dirinya.
Dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, pucuk pimpinan negara dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum. Pemilihan ini dibuat berasaskan kepada ketokohan serta pengaruh individu-individu yang berkenaan, bagi membolehkan mereka diberi kuasa menurut perlembagaan negara, untuk memimpin negara dalam satu jangka masa tertentu.
Sementara itu pemimpin-pemimpin dalam bidang pentadbiran negara pula, dari peringkat nasional sehinggalah ke peringkat daerah dan kampung dilantik berdasarkan kepada pengalaman, ilmu pengetahuan serta ketrampilan tokoh-tokoh berkenaan dalam bidangnya masing-masing, serta bakat kepemimpinan yang telah di tunjukkan oleh mereka.

Monday, 11 May 2015
Sunday, 10 May 2015
Wednesday, 29 April 2015
Tuesday, 21 April 2015
SINCERITY - KNOWLEDGEABLE - SMART - SUCCESS - UNITY
Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara yang nama ringkasnya SKSSU boleh diterjemahkan kepada maksud-maksud yang sungguh istimewa. Melalui catatan saya yang lalu, Sungai Siput Utara atau ringkasnya SSU telah diterjemahkan kepada Salam Senyum Ukhuwah. Kemudiannya dimurnikan lagi singkatan menjadi Salam dan Senyum pengikat Ukhuwah. Kini ia telah menjadi amalan oleh warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara. Semoga amalan tersebut terus subur dan sentiasa bermain di bibir warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara. Insya-Allah.
Kali ini saya cuba terjemahkan pula singkatan SKSSU itu dalam bahasa Inggeris. Ia menampakkan akan memberi maksud yang begitu mendalam dan penuh bermakna. Ia sewajar dikekalkan agar ia menjadi identiti kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara. Kalau dulu ada saya perkatakan bahawa singkatan SK itu adalah hak milik Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara dan ianya adalah wajar kerana tanyalah kepada setiap murid di sini mereka akan mengatakan murid SK. Sebutan atau singkatan SK itu dengan sendirinya menjadi identiti kepada Sekolah KebangsaanSungai Siput Utara.
SKSSU selain menjadi huruf ringkas kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara, ianya boleh diterjemahkan kepada kata-kata yang memberi semangat serta pendorong kepada warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara itu sendiri. Di sini saya cuba terjemahkan singkatan SKSSU itu kepada Sincerity, Knowledgeable, Smart, Success dan Unity. Kata-kata yang tertulis dalam bahasa Inggeris itu telah membawa maksud yang sungguh mendalam, apatah lagi sekiranya kita memahami maksud kata-kata itu dalam bahasa Melayu. Semoga kita kekalkan satu lagi identiti buat Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara.
SINCERITY = KEIKHLASAN
Ia melambangkan setiap warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara mempunyai sifat yang ikhlas sama ada gurunya, muridnya dan staf sokongannya. Sifat ikhlas adalah sangat dituntut oleh agama Islam. Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara adalah sebuah organisasi pendidikan dan apabila semua warganya mempunyai sifat keikhlasan yang begitu tinggi maka sewajar ia akan dapat membentuk warga yang berpengetahuan tinggi.
KNOWLEDGEABLE = BERPENGETAHUAN
Sebagai sebuah organisasi pendidikan dan mempunyai warganya yang berpengetahuan tinggi maka Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara akan dipercayai oleh semua pihak. Mempertahankan identiti akan menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara terus dibanggakan. Di sini kita dapat lihat bahawa ramainya ibu bapa yang inginkan anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara ini. Situasi ini telah meletakkan kewibawaan Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara begitu tinggi di mata komuniti.
SMART = BERWIBAWA
Apabila Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara berwibawa, ia menjadi pemangkin atau pendorong untuk mencapai kejayaan. Ini adalah tugas utama yang perlu dilaksanakan oleh warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara. Sekolah yang berwibawa tinggi bukan sahaja dipandang tinggi oleh komuniti setempat malahan disukai oleh semua peringkat meskipun di peringkat dunia. Bagi warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara yang berwibawa sewajarnya kejayaan akan tercapai. Melalui kejayaan yang cemerlang akan memantapkan lagi Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara.
SUCCESS = KEJAYAAN
Tiada yang lebih baik dan yang diharapkan oleh sesebuah organisasi melain mencapai kejayaan. Begitu jugalah dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara. Kejayaan demi kejayaan akan dan telah diikecapi oleh Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara. Ahamdulillah, melalui perpaduan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara akan terus cemerlang melalui pencapaian kejayaan dalam semua bidang iaitu kurikulum, kokurikulum dan juga kesahsiahan.
UNITY = PERPADUAN
Perpaduan yang wujud dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara adalah melalui kerja berpasukan. Warga yang berpadu akan menjadikan organisasi lebih kuat dan sukar untuk digugat. Perpaduan setiap warga akan menjadikan setiap tugas menjadi lebih mudah. Oleh itu, kekalkan perpaduan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara setiap masa dan setiap ketika.

Sincerity * Knowledgeable * Smart * Success * Unity

Sunday, 19 April 2015
KEM KEPIMPINAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG KUALA KANGSAR
17 APRIL - SKSSU telah menyertai Kem Kepimpinan Bulan Sabit Merah Malaysia ( BSMM ) Cabang Kuala Kangsar di Pusat Rekreasi Hulu ,Sungai Guar Manong pada 17 hingga 19 April 2015.Ahli BSMM SKSSU Muhammad Ihsan , Iqbal Mustaqim ,Muhammad Alif dan Muhammad Ikhwan telah berjaya mendapat dua lencana BSMM iaitu Lencana Persahabatan Antarabangsa dan Pertolongan Cemas..
Saturday, 4 April 2015
SKSSU JOHAN " ACTION SONG " DAN NAIB JOHAN " SCRABLE "
Tahniah ! SKSSU telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan "Action Song " dan Naib Johan dalam acara " Scrable " dalam Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon Sg Siput di SK Jalong pada Sabtu 4 April 2015.
Monday, 30 March 2015
MTQ PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR 2015
TAHNIAH! Tiga peserta dari SK Sungai Siput (U) telah berjaya terpilih 3 terbaik dalam MTQ Peringkat daerah Kuala Kangsar yang telah diadakan pada 28 Mac 2015 di SMK Temenggong, Kati.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERLIS DAN KEDAH
Sunday, 22 March 2015
KEIKHLASAN @ SINCERITY
"Ikhlas merupakan suatu sikap yang sukar dicapai oleh umat Islam. Ia bukan dihitung melalui banyaknya seseorang mengerjakan amalan, atau lafaz keikhlasan yang diucapkan."
Apa itu ikhlas? Bagaimana mengukur ikhlas? Apa ikhlas itu boleh dinilai? Pelbagai soalan muncul untuk mengulas perkataan ikhlas. Ikhlas mengikut Kamus al-Farid ianya memberi maksud sebagai sincerity, honest dan loyalty. Ia ada kaitan dengan kejujuran. Ikhlas juga memberi pengertian tentang bersih, jernih, murni dan suci.
Mengikut Kamus Dewan pula, ikhlas memberi erti hati suci, tidak menipu dan tidak berpura-pura. Perkataan ikhlas itu diambil dari perkataan Arab iaitu khuluuson atau kholaason yang memberi maksud jernih dan bersih daripada pencemaran. Ungkapan ikhlas menggambarkan pengertian tentang bersih, jernih, murni dan suci daripada pencampuran atau pencemaran sifat lain.
Ikhlas adalah merupakan istilah tauhid. Orang-orang yang ikhlas adalah mereka yang mengesakan Allah dan merupakan hamba-hamba-Nya yang terpilih. Manakala menurut istilah syarak memberi maksud mengesakan Allah Yang Hak dalam berniat melakukan ketaatan, bertujuan hanya kepada-Nya tanpa mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.
Seseorang yang ikhlas tidak peduli akan penghargaan. Mereka juga tidak ingin untuk dipuji kebaikan mereka . Mereka hanya inginkan keredhaan Allah s.w.t. Mereka berpegang kepada firman Allah dalam surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud:
"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat . Dan yang demikian itulah agama yang benar."

Thursday, 19 March 2015
Saturday, 14 March 2015
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
Orang tua-tua dahulu banyak meninggalkan kepada kita, perumpamaan-perumpamaan yang merupakan kiasan-kiasan perkataan. Kiasan tersebut perlu kita teliti sejauh manakah kepentingannya boleh membantu kita. Namun semestinya setiap perumpamaan itu mengandungi banyak pengertian. Banyak yang tersurat dan sudah tentu banyak juga yang tersirat. Apakah setiap perumpamaan yang menjadi peninggalan datuk nenek kita dahulu telah atau akan kita praktikan? Mungkinkah ianya hanyalah sebagai hiasan atau kata-kata yang kita rasa sedap dibicarakan atau didengari?
Perumpamaan tersebut sentiasa bermain di bibir setiap insan yang mengikuti perkembangannya. Perumpamaan yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Sentiasa menjadi 'evergreen', umpamanya 'muafakat membawa berkat', 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat' dan 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing', sentiasa segar sehingga kini. Ia tentunya mengandungi suatu yang tersimpan yang perlu kita huraikan. Juga ianya perlu kita terjemahkan dalam kehidupan kita seharian.
Dalam aspek ini, untuk menterjemahkan 'muafakat membawa berkat, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta terlibat sebagai rakan dalam pendidikan. Penumpuan yang dibuat adalah untuk manfaatkan kelebihan saing pelbagai pihak bagi menyampaikan pendidikan berkualiti secara bersepadu, berkesan dan cekap.
Langkah-langkah yang diambil adalah melalui;
1. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan komuniti tentang peranan mereka dalam pendidikan anak-anak.
2. Menyediakan bimbingan kepada sekolah bagi memacukan proses penglibatan ibu bapa dan komuniti.
3. Mengaitkan bantuan kewangan untuk murid miskin dengan peningkatan pelibatan ibu bapa
4. Mengumpulkan PIBG untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menyokong pelibatan ibu bapa dan komuniti.
5. Meningkatkan jaringan Sekolah Amanah dan bidang lain untuk pelibatan sektor awam.
Sistem pembelajaran mengiktiraf bahawa pembelajaran berlaku di luar lingkungan sekolah dan boleh berlaku di rumah serta dalam komuniti. Sekolah sewajarnya dapat menyediakan persekitaran yang kondusif unntuk jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti.
Kewujudan 'muafakat membawa berkat' dapat disalurkan atau dijalankan melalui hubungan dan kerjasama pihak sekolah dengan pihak lain yang berkaitan. Antaranya;
1. Kerjasama sekolah dengan ibu bapa
2. Kerjasama sekolah dengan komuniti
Untuk mengekalkan 'muafakat membawa berkat' serta perumpamaan yang lain, beberapa perumpamaan yang ditinggalkan kepada kita perlu dihapuskan. Melalui penghapusan tersebut maka jalinan serta jaringan sekolah dengan ibu bapa dan komuniti. Oleh itu adalah wajar, perumpamaan
'jangan jaga tepi kain' dihapuskan. 'Jaga tepi kain orang lain' boleh membantu antara sesama kita dalam mengekalkan 'muafakat membawa berkat'.

Saturday, 7 March 2015
SK ADALAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT (U)
Tak kenal maka tak cinta. Ungkapan ini bukan sahaja digunakan antara manusia dengan manusia malahan turut digunakan kepada semua makhluk yang ada di atas bumi Allah ini. Untuk mengenali sesuatu atau seseorang yang pastinya kita mengenali identitinya terlebih dahulu. Hakikatnya, identiti itu adalah terbentuk melalui dua aspek iaitu dalaman dan luaran. Identiti luaran melalui pandangan zahir iaitu fizikal manakala aspek dalaman adalah pandangan batin iaitu akal, emosi dan spiritual.
Kamus dewan menyatakan bahawa identiti itu bermaksud aspek-aspek tertentu atau ciri-ciri tertentu yang dapat menunjukkan sifat diri seseorang atau sifat diri sesuatu objek. Bagi manusia ia boleh dikaitkan dengan keperibadian atau tingkah laku. Begitu juga kepada bukan manusia, identiti adalah sesuatu kelainan atau perlambangan yang menjadi pengenalan. Untuk lebih memudahkan, identiti adalah merujuk kepada keadaan atau sifat sesuatu sama ada manusia atau objek yang lain. Identiti sewajarnya sesuatu yang konsisten iaitu tidak berubah-ubah.
Bagi sesebuah sekolah, ia mempunyai identiti tersendiri. Meskipun semua sekolah mempunyai pakaian seragam yang sama namun ia ada kelainan dalam beberapa aspek bagi menentukan atau memperkenalkan identiti sekolah. Indentiti pertama yang perlu dilihat ialah kepada lencana sekolah tersebut. Pelbagai bentuk, warna dan corak lencana sekolah mengikut pelbagai sekolah yang pastinya melambangkan identiti sekolah masing-masing. Begitu juga tali leher dan pelbagai lagi.
Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U) sejak lama dahulu dikenali dengan pangilan SK. Sebut sahaja SK di Sungai Siput (U) ini, maka masyarakat di sini telah faham itu adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U). Itulah sebabnya, apabila kita bertanya kepada seseorang budak di Sungai Siput (U) ini, bersekolah di mana? Sekiraya budak itu menjawab, SK, maka itu adalah murid Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U). Kalau murid lain selain dari murid Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U), ia akan menjawab, Sekolah Kebangsaan.......... (diikuti nama sekolah). SK itu adalah indentiti yang utama bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U).

Thursday, 5 March 2015
SKSSU JUARA BOLA SEPAK DAERAH K.KANGSAR 2015
KHAMIS 5 MAC 2015 : Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan para pemain bola sepak SKSSU kerana telah berjaya menjadi johan bola sepak peringkat daerah Kuala Kangsar dengan mengalahkan SK Sayong 4-0 di padang SK Sg Siput.
Lihat gambar lain..klik sini
Monday, 2 March 2015
ILMU ITU PERLU
Assalamualaikum. Semua warga SK Sungai Siput (U).
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat bertemu lagi. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Apabila mati seseorang manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah yang pahalanya selalu mengalir (sedekah jariah), ilmu yang bermanfaat serta anak soleh yang selalu mendoakan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tiga perkara yang tersebut di atas, pastinya perkara yang kedua memberi kelebihan kepada kita yang bergelar guru. Melalui pengajaran dan pembelajaran, ilmu dapat disalurkan kepada penerima ilmu iaitu murid. Murid pula akan meningkat dewasa dan pasti ilmu yang diterima olehnya dapat disalurkan kepada generasi selepasnya. Tambahan pula ilmu yang dicurahkan itu adalah ilmu yang banyak memberi manfaat kepada semua.
Ilmu yang bermanfaat akan terus kekal membuahkan pahala selagi mana ia diamalkan. Amalan tersebut diamalkan tidak kira oleh diri sendiri ataupun oleh orang lagi. Paling penting, selagi mana ilmu itu disebarkan dan juga ilmu itu diamalkan. Imam al-Ghazali telah menegaskan bahawa ilmu itu imam, amal itu makmumnya. Begitulah pentingnya ilmu itu kepada kita. Ayat al-Quran yang pertama juga adalah berkaitan dengan ilmu. Iqra' yang membawa perkaitan dengan membaca.
Jatuh cinta sering juga dikaitkan dengan remaja, namun berapa ramai remaja yang mampu jatuh cinta dengan ilmu? Kita perlu sedar bahawa ilmu itu jauh lebih menguntungkan berbanding harta yang menimbun. Untuk mendapatkan ilmu bukanlah mudah. Ilmu diperolehi melalui usaha yang gigih. Perlu ada ketekunan dan perlu ada pengorbanan untuk mendapatkan ilmu. Apabila kita meletakkan ilmu itu sebagai satu keperluan, kita sanggup bersusah payah untuk mendapatan.
Ilmu itu keperluan kepada semua pihak. Ilmu yang dicurahkan itu bukalahn hanya kepada murid semata-mata. Semua peringkat umur memerlukan ilmu. Menuntut ilmu bukan semata-mata kepada anak-anak, malahan orang dewasa juga penting untuk menuntut ilmu. Oleh itu, tanamkanlah dalam diri kita bahawa menuntut ilmu itu wajib ke atas semua pihak. Kita juga wajar membudayakan ilmu sepanjang hayat.

Wednesday, 25 February 2015
SKSSU JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN ZON SG SIPUT 2015
Klik SINI untuk melihat gambar lain
Tuesday, 24 February 2015
Monday, 23 February 2015
Monday, 16 February 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)