PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN

Tuesday 21 April 2015

SINCERITY - KNOWLEDGEABLE - SMART - SUCCESS - UNITY

Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara yang nama ringkasnya SKSSU boleh diterjemahkan kepada maksud-maksud yang sungguh istimewa. Melalui catatan saya yang lalu, Sungai Siput Utara atau ringkasnya SSU telah diterjemahkan kepada Salam Senyum Ukhuwah. Kemudiannya dimurnikan lagi singkatan menjadi Salam dan Senyum pengikat Ukhuwah. Kini ia telah menjadi amalan oleh warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara. Semoga amalan tersebut terus subur dan sentiasa bermain di bibir warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara. Insya-Allah.

Kali ini saya cuba terjemahkan pula singkatan SKSSU itu dalam bahasa Inggeris. Ia menampakkan  akan memberi maksud yang begitu mendalam dan penuh bermakna. Ia sewajar dikekalkan agar ia menjadi identiti kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara. Kalau dulu ada saya perkatakan bahawa singkatan SK itu adalah hak milik Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara dan ianya adalah wajar kerana tanyalah kepada setiap murid di sini mereka akan mengatakan murid SK. Sebutan atau singkatan SK itu dengan sendirinya menjadi identiti kepada Sekolah KebangsaanSungai Siput Utara.

SKSSU selain menjadi huruf ringkas kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara, ianya boleh diterjemahkan kepada kata-kata yang memberi semangat serta pendorong kepada warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara itu sendiri. Di sini saya cuba terjemahkan singkatan SKSSU itu kepada Sincerity, Knowledgeable, Smart, Success dan Unity. Kata-kata yang tertulis dalam bahasa Inggeris itu telah membawa maksud yang sungguh mendalam, apatah lagi sekiranya kita memahami maksud kata-kata itu dalam bahasa Melayu. Semoga kita kekalkan satu lagi identiti buat Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara.

Sincerity * Knowledgeable * Smart * Success * Unity

SINCERITY = KEIKHLASAN
Ia melambangkan setiap warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara mempunyai sifat yang ikhlas sama ada gurunya, muridnya dan staf sokongannya. Sifat ikhlas adalah sangat dituntut oleh agama Islam. Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara adalah sebuah organisasi pendidikan dan apabila semua warganya mempunyai sifat keikhlasan yang begitu tinggi maka sewajar ia akan dapat membentuk warga yang berpengetahuan tinggi.

 KNOWLEDGEABLE = BERPENGETAHUAN
Sebagai sebuah organisasi pendidikan dan mempunyai warganya yang berpengetahuan tinggi maka Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara akan dipercayai oleh semua pihak. Mempertahankan identiti akan menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara terus dibanggakan. Di sini kita dapat lihat bahawa ramainya ibu bapa yang inginkan anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara ini. Situasi ini telah meletakkan kewibawaan Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara begitu tinggi di mata komuniti.
 
SMART = BERWIBAWA
Apabila Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara berwibawa, ia menjadi pemangkin atau pendorong untuk mencapai kejayaan. Ini adalah tugas utama yang perlu dilaksanakan oleh warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara. Sekolah yang berwibawa tinggi bukan sahaja dipandang tinggi oleh komuniti setempat malahan disukai oleh semua peringkat meskipun di peringkat dunia. Bagi warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara yang berwibawa sewajarnya kejayaan akan tercapai. Melalui kejayaan yang cemerlang akan memantapkan lagi Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara.

 SUCCESS = KEJAYAAN
Tiada yang lebih baik dan yang diharapkan oleh sesebuah organisasi melain mencapai kejayaan. Begitu jugalah dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara. Kejayaan demi kejayaan akan dan telah diikecapi oleh Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara. Ahamdulillah, melalui perpaduan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara akan terus cemerlang melalui pencapaian kejayaan dalam semua bidang iaitu kurikulum, kokurikulum dan juga kesahsiahan.

UNITY = PERPADUAN
Perpaduan yang wujud dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara adalah melalui kerja berpasukan. Warga yang berpadu akan menjadikan organisasi lebih kuat dan sukar untuk digugat. Perpaduan setiap warga akan menjadikan setiap tugas menjadi lebih mudah. Oleh itu, kekalkan perpaduan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara setiap masa dan setiap ketika.

Sunday 19 April 2015

KEM KEPIMPINAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG KUALA KANGSAR



17 APRIL - SKSSU telah menyertai Kem Kepimpinan Bulan Sabit Merah Malaysia ( BSMM ) Cabang Kuala Kangsar di Pusat Rekreasi Hulu ,Sungai Guar Manong pada 17 hingga 19 April 2015.Ahli BSMM SKSSU Muhammad Ihsan , Iqbal Mustaqim ,Muhammad  Alif dan Muhammad Ikhwan telah berjaya mendapat dua lencana BSMM iaitu Lencana Persahabatan Antarabangsa dan Pertolongan Cemas..

Saturday 4 April 2015

SKSSU JOHAN " ACTION SONG " DAN NAIB JOHAN " SCRABLE "

Tahniah ! SKSSU telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan "Action Song " dan Naib Johan dalam acara " Scrable "  dalam Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon Sg Siput di SK Jalong pada Sabtu 4 April 2015.